Pada 20 April 2011, merupakan hari terakhir KRSM SMAH berlangsung bagi Semester Pertama. Penutupan ini dibuat untuk Pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4. Aktiviti yang telah dilakukan ialah Explorace dan kami selitkan kemahiran yang mereka telah pelajari serta permainan yang merangsang dan yang dapat menggerakkan minda mereka. Kami lakukan aktiviti ini hanya di dalam kawasan sekolah dan semuanya terlibat.
Di antara permainan yang kami buat sebagai tugasan mereka ialah
- Masuk ke dalam satu lubang beramai-ramai
- Membawa satu botol air yang telah ditebuk ke dalam baldi yang kosong sambil menendang sebiji bola *suratkhabar yang digumpalkan*
- Lompatan Laju
- Menyanyikan sebuah lagu dengan menggunakan huruf a,e,i,o,u
- Membina menara menggunakan orang
Semua pelajar memberikan kerjasama yang sebaiknya. Pemenangnya telah diumumkan di perhimpunan pada minggu hadapannya dan diberikan hadiah :) Sekian xx
Tiada ulasan:
Catat Ulasan