Jumaat, Januari 29, 2010

1st meeting

Mesyuarat Pertama KRSM SMAH bagi sesi 2010

Tarikh : 27.01.2010
Masa : 3.30 petang
Tempat : 5 Yakin

Mesyuarat KRSM SMAH yang pertama bagi sesi 2010 ini telah dihadiri oleh Guru Penyelaras KRSM SMAH iaitu Leftenan Muda Norbaya bt Khalid serta para pegawai KRSM SMAH. Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah mengadakan perbincangan bagi melantik pengerusi dan timbalan pengerusi KRSM SMAH 2010. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Sarjan Nurainaa Madihah bt Azamuddin. -bincang punye bincang- Kami, Leftenan Muda Norbaya serta para pegawai sebulat suara melantik...

Pengerusi : Sarjan Muhd Faiz b. Muhd Ariffin
Timbalan Pengerusi : Sarjan Isna Akhida Fairuza Bt Buang
Setiausaha : Sarjan Nik Faris Haikal b. Badrul Hisham
Sarjan Siti Nur Sakinah bt Mohd Kamarul Baharin
Bendahari : Sarjan Sharifah Aminah Atheerah bt Syed Sheikh

----------------------------------------

guru² pula (bkn bincang dgn kami) :

Penyelaras : Leftenan Muda Norbaya bt Khalid
S/U : Leftenan Muda Shamsiah bt Shafiee
Bendahari : Azimi b Muhd
HQ : Leftenan Muda Nazriq bin Abdul Rahman

-------------------------------------------

sekian, wassalam

Majulah KRSM SMAH :)

Sabtu, Januari 09, 2010

krsm tersemat di jiwa

Sudah 3 tahun KRSM menapak di Sekolah Menengah Al-Hidayah. Pelbagai cabaran dan dugaan telah kami semua tempuhi juga pelbagai kenangan yang manis dan pahit terjadi sepanjang tahun 2009. KRSM SMAH juga telah mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam PRINT 09 yang telah belangsung pada 21/12/09 - 24/12/09. Paling membanggakan adalah, SMAH sekolah yang pertama sampai di D'Woods Ulu Yam. PRINT 09 yang berlangsung di D'woods Ulu Yam, Selangor telah dirasmikan oleh Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia. Pada hari perasmian itu, kami pelajar² SMAH berserta dengan sekolah² lain diamanahkan untuk membuat persembahan BaSeD dan dilatih oleh koreografernya iaitu Cikgu Khairi. Kami semua berlatih hingga lewat malam (10 p.m lebih) lmbt jugakkn? PRINT 09 disertai dengan 1000 lebih pelajar² Sekolah Menengah & Rendah Islam Malaysia ini, termasuk dari Indonesia dan Thailand (lelaki sahaja). Pertandingan yang wajib disertai oleh setiap sekolah ialah BaSeD, Kem Kraf dan Nasyid. Kami sertai semua pertandingan itu, wlupun nasyid kami tidak meletakkan harapan yang tinggi menggunung~ Syukur Alhamdulillah, usaha kami selama ini berlatih sampai muka hangus berbaloi².
Banin
BaSeD : Juara
Kem Kraf : Ketiga
Nasyid : no comment :D

Banat
BaSeD : Juara
Kem Kraf : Kedua
Nasyid : Juara


Syukranillah, syukranillah~

disini kami sertakan beberapa gmbar kami sepanjang berada di print. silakanlah cuci mata anda dengan gambar² yg 'baik punya' :)


Based SMAH(banin) Campsite Banin
Hasil kreativiti

SMAH banin bersama beberapa Pramuka
(gambar bagi banat akan diupdate kemudian)


Majulah KRSM SMAH :)