Sabtu, Februari 13, 2010

Taklimat Kenaikan Pangkat



Taklimat Kenaikan Pangkat

dirasmikan oleh : Komandan Zulkifli Ahmad
Tarikh : 12/2/2010
Tempat : 5 Yakin
Masa : 3.45 petang
Kehadiran : semua para pegawai serta palapes baru


Pada 3.30 petang, kami menunggu kehadiran para palapes yang berminat untuk menyertai KRSM ini. Alhamdulillah, ramai yang masuk. terutama sekali tingkatan satu :) Program ini kami mulakan dengan nyanyian Negaraku, KRS dan lagu pegawai. Kemudian, doa dibaca oleh Sarjan Adam Mujahid b Yahanis. Seterusnya, ketibaan Komandan Zulkifli b Ahmad dan Lft. Muda Puan Norbaya bt Khalid. Sedikit ucapan daripada Tuan Komandan dan dirasmikan olehnya. Kemudian, bermulah taklimat yang diberikan oleh Lft. Muda Puan Norbaya bt Khalid. Puan Norbaya menerangkan perkara² yang akan diuji untuk ke Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan dan Staf Sarjan juga beberapa perkara² lain yang penting untuk ke kursus tersebut. JUGA, memberitahu tentang latihan yang bakal diadakan keesokannya (sabtu) dan minggu² seterusnya serta memperkenalkan jurulatih yang akan mengajar para palapes Kawad, Ikatan, BaSeD dan Pertolongan Cemas. Bagi banin, jurulatihnya ialah ;

Kawad : Sarjan Nabil b Roslizar
Ikatan : Sarjan Adam Mujahid b Yahanis
BaSeD : Sarjan Falah b Buang
Pertolongan Cemas : Sarjan Zulhilmi b Zulkarnain

-Pemantau : Staf Sarjan Syed Alif b Syed Shamsudin

Bagi banat pula ialah.. :-

Kawad : Sarjan Isna Akhida Fairuza bt Buang
Ikatan : Sarjan Sharifah Aminah Atheerah bt Syed Sheikh
BaSeD : Sarjan Siti Nur Sakinah bt Mohd Kamarul Baharin
Pertolongan Cemas : Sarjan Nur Aliah bt Khairudin

-Pemantau : Staf Sarjan Nor Liana bt Khairuddin-

program ini berhenti seketika untuk pergi solat asar berjemaah di surau (banin) dan kelas (banat). Kemudian, diteruskan bagi sesi taaruf dan sedikit permainan (banin dan banat asing). Program ini diakhiri dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al Asr.

Sekian, terima kasih~


Majulah KRSM SMAH :)

Jumaat, Februari 12, 2010

Latihan Kenaikan Pangkat



Latihan Kenaikan Pangkat

Tarikh : 13 Februari 2010
Tempat : Padang Recall dan Padang Sekolah

hari pertama latihan kenaikan pangkat ini bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah hari. First, kumpul di padang recall dahulu. sedikit ucapan daripada Lft Muda Norbaya dan Timbalan Pengerusi serta Sarjan Falah. Kemudian, semua bersurai dan pergi ke tempat yang telah ditetapkan untuk membuat latihan. Banin : Padang BaSeD, Banat : Padang Sekolah.

Latihan pada hari itu ialah ;

Fizikal Berat , BaSeD

BaSeD kami ajar asas pergerakan level 1 yang pertama dan kedua bagi palapes yang baru masuk. Koperal² kami memantapkan lagi asas pergerakan mereka :) [banat]

Kerjasama dari mereka, para palapes amat memuaskan :) sebelum balik, kami buat muhasabah dan mengakhirinya dengan tasbih kifarah dan surah al asr.

*gambar latihan banin akan dimasukkan


Sekian, terima kasih~

Majulah KRSM SMAH :)