Pertama-tamanya pihak krsm smah ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak meng'update' blog ini..sorry ea!
Kami terpaksa menumpukan perhatian kami kepada perjalanan KRSM di SMAH dan yang terbaru menyertai Kem Guar 309 (6-8 Mac 2009) bertempat di Taman Rekreasi Guar Manong, Kuala Kangsar.Alhamdulillah kem tersebut berjaya kami harungi bersama dan bersama kami bawa pulang jutaan kenangan suka duka dan pahit manis. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih, thank you dan syukran jazilan kepada pihak Al-Hidayah Training & Developement (HTD) yang telah menyusun sebuah program yang gempak dan amat menyeronokkan! Semoga kita bertemu lagi di program yang akan datang.
Kem ini telah berjaya membina pasukan yang bersatu padu selain menarik minat anggota baru KRSM SMAH dengan harapan KRSM SMAH terus cemerlang,gemilang dan terbilang di persada negara!!
Berikut adalah sedikit gambar untuk santapan bersama:



semoga nostalgia kita bersama dapat memotivasikan diri kita untuk terus setia bersama KRSM SMAH. Gempur Perwira!!!
Rijal 309, Nisa' 309, Alpha dan Tanggo....roger and out! ;-)

