Sabtu, Jun 13, 2009

Kursus Pentauliahan Pangkat Sarjan & Staf Sarjan 09

Assalamualaikum,

Pada 4-8 Jun baru-baru ini kursus pentauliahan telah selamat dijalankan. SMAH Ipoh telah telah menghantar 18 org anggota untuk dinaikkan pangkat sarjan dan 4 org unutk dinaikkan pangka ke Staf Sarjan. Alhamndulillah semua anggota telah ditauliah dengan jayanya. Tahniah kepada semua. Walaubagaimanapun, haruslah diingat pangkat yg ada jgn di bangga-banggakan kerana bersamanya ada beban yg berat. Saya berharap Sarjan dan Staf Sarjan yg bru di tauliah ini akan berkhidmat dgn sebaiknya kepada KRSM SMAH dan semoga kita terus setia bersama wada tarbiyyah ini. Sesungguhnya,kedatangan kalian amat bermakna dan telah lama kami nantikan.
Majulah KRSM SMAH :)

Majlis Penutup Aktiviti Ko-Kurikulum Kelas Peperiksaan 2009

Assalamualaikum wbt,

Pada 29 dan 30 Mei yg lalu JawatanKuasa KRSM SMAH telah mengadakan majlis penutup aktiviti ko-kurikulum bagi kelas Ting.3 dan Ting.5. Aktiviti ini merupakan kemuncak kegiatan ko-kurukulum para pelajar kelas peperiksaan yg bakal di rehatkan pada semester kedua ini. Antara aktiviti yg telah dijalankan adalah:

-BBQ
-Tayangan
-WaterFight
-Amali Sembelih Ayam
-Memasak
-dll

Antara objektif aktiviti ini adalah unutk mengeratkan ukhwah di antara para pelajar Ting 3 dan 5 dan dengan harapan aktiviti in akan menjadi kenangan mereka apabila melangkah ke luar dari SMAH. Segala kesulitan dan kecuaian sepanjang program ini kami mohon ribuan kemaafan dan kami ingin mengucapakan Semoga Berjaya di dalam peperiksaan PMR dan SPM masing-masing.







Majulah KRSM SMAH :)