Jumaat, Februari 20, 2009

Promosi Jualan Temasya Sukan SRAH ke-20

DATANGLAH KE GERAI 
KRSM SMAH
DI 
TEMASYA SUKAN SRAH KE-20
21/02/2009
PELBAGAI JUADAH MENANTI ANDA
"DATANG JANGAN TAK DATANG!!"
;-)

Majulah KRSM SMAH :)

Lagu Pegawai - Gempur Perwira

Segak Berdisiplin Bermatlamat
itu cogan kata kami
memimpin pasukan KRSM
amanah yang diberi
rela berkorban ganding tenaga
demi bangsa tercinta
daulatkan Islam di mata dunia itu matlamat utama

Dengan sepenuh keazaman
semangat kami nan waja
keranamu rela berkorban
untukmu Hidayah yang tercinta

Gempur perwira
gempur perwira
berkorban pa saja

Gunung didaki
lurah dituruni
kami taat setia
demi maruah kami bersama
ikatan tetap dijaga

Tinggalkan ibu, tinggalkan bapa
serta sanak saudara
sebagai bukti tanda setia
padamu Al-Hidayah

Gempur perwira

gempur perwira

GEMPUR!



inilah lagu pegawai KRSM SMAH yang juga menjadi pegangan dan motivasi kepada barisan pegawai. Diharapkan para pembaca dapt menghayati lirik lagu ini justeru menjadikan ia satu inspirasi untuk terus maju.

Majulah KRSM SMAH :)

Rabu, Februari 18, 2009

Perasmian Blog KRSM SMAH IPOH...

Dengan lafaz Bismillah saya melancarkan blog Kadet Remaja Sekolah Musleh Sekolah Menengah Al-Hidayah (KRSM SMAH).



"selamat menjalani proses pendidikan menerusi KRSM"



perasmian oleh:
Tuan Zulkifli Ahmad,
Komandan KRSM SMAH

18/02/2009

Majulah KRSM SMAH :)

Jumaat, Februari 06, 2009

Kenangan 2008

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah 2008 telah kita tinggalkan dan bersamanya ribuan kenangan suka dan duka dalam perjuangan ini. Pihak KRSM ingin membawa pembaca sekalian bersama-sama menyulusuri 'memory lane 2008'...


-Kursus Pegesahan dan Pentauliahan Pangkat KRSM-
di SMI Hira', Jeram


Kumpulan pertama pegawai KRSM SMAH



Kem 2008

tiup jgn tak tiup..tak mkn lah kome klu tak hidup api ni

nganga lah besar sikit...

ingt lagi tak suasana mcm ni..susah senang tetap bersama dan semoga tahun ini kita terus bersama

indahnya perjuangan apabila berlandaskan iman dan taqwa


Kursus Palapes 2008

cepatlah..kawan kamu tgh sakit tu..

teruskan usaha..


Kursus Pemeringkatan Pangkat Sarjan dan Staf-Sarjan KRSM
-di Sitiawan-



smg terus isitqamah bersama krsm..



Sambutan Kemerdekaan 2008


Aktiviti Memasak 2008

4 Umar 2008..

Ting.1 2008

meriah w/pun simple


Sape punye ni?

no comment..heh

hidangan yang plg sedap! rugi sape yg tak rase

para juri yg berani mencuba hidangan anak didik mereka..sedap ke?

pegawai pun nak join...

sama-sama masak, sama2 mkn lah..

silakan makan..

Perkhemahan Nasional 2008
-Juasseh N9-


di stesen k.api Ipoh..jam 4 pg..dlm misi mengharumkan nama SMAH

selamat datang ke base camp kami...terbaik,alhamdulillah

apa yg penting? semestinya kerjasama

akan terus terpahat di memori..

pasukan chef kami..

merentas halangan...

bukan senang nak dpt anugerah ini..smg nama SMAH terus harum




demikianlah cebisan daripada kenangan KRSM 2008..semoga anggota KRSM terus maju dan gah melangkah dalam tahun 2009 ini. Teruslah komited bersama dgn KRSM SMAH dan insyaAllah bersama-sama kita perjuangkan agama ini..

p/s:kpd sesiapa yg nak gmbr2 lain (byk lg) bleh bg thu & insyaAllah kami akn kirimkan.. ;)


Majulah KRSM SMAH :)

Ahad, Februari 01, 2009

Pondok Buruk Berubah Bentuk (Karya Dr.Asri)

Dahulu pondok ini buruk berhabuk
Tiada yang megah untuk menjengah
Apatah lagi sudi bersinggah ramah
Hanya dihina dan cerca...
Difitnah dan disanggah...

Kita datang bertandang
Menetap tetap, beratap tetap
Kita menghuninya, di kala manusia membencinya
Jeritan keperitan dan pengorbanan...
Sungai airmata, tenaga dan harta...
kami hiasi laman ini...
hingga...
yang gundah parah dan berubah wajah
jadilah sebuah rumah indah...
berwarna mulia, bercahaya bahagia
hingga ada yang menamanya istana...
dek cantik dan lawa...
ya, pondok buruk berhabuk dah berubah bentuk...
maka...
tak terbilang yang datang menumpang
semuanya cinta, semuanya sayang...
bicaranya: ini mahligai kita...
jiwa tersenyum melihat bahagia mereka
tidaklah mereka tahu cerita airmata dan luka...
dahulu ia buruk, ramai yang mengutuk...
disisih ditindih kami lalui gigih musim pedih sedih...
dan derita itu masih ada parutnya...
masih ada tusukan tajam yang terus menikam kejam

hari ini...dan musim kini
kita bangga melihat penghuninya ceria...
onak dan duri disembunyi dalam diari...
moga semua rasa selesa dan gembira...
kita masih ada di sini, dan akan terus di sini
-dengan izin Ilahi-
jika satu masa kita berkelana
bukan bererti kita lupa
pada perjuangan dan cita
tapi keluar mengisi rezeki
untuk keluarga seisi
bertanya yang ada: apa kita akan bersara?
mana mungkin jadinya...
pada hari ia buruk, kita yang duduk
menggalas derita membina dan menghiasinya...
pada hari ia sudah indah, apakah patut kita berpindah..?



sebuah karya yang mungkin boleh dianalogikan dengan perjuangan kita di SMAH...hakikatnya sekolah kita bukan dibina dengan gelak tawa tapi dengan titisan air mata dan susah payah mereka yang mempunyai harapan setinggi gunung dan seluas lautan untuk ummah ini.Semoga kita menyedari matlamat kita disini.
-segak,berdisiplin, & bermatlamat-
-itu cogan kata kami-


Majulah KRSM SMAH :)